Sunday, September 26, 2010

Keterlampauan...

Di segi kemahuan dan keperluan sudah menampakkan keterlampauan. Apa lagi yang membuat bagai pucuk di cita ulam mendatang maka terus dipenuhi untuk mereka yang mahu dan mereka yang perlu. Kita hidup atas dasar perlu dan mahu tetapi ada batasannya. Yang membuat pun fikirlah dalam dalam sebelum membuat sesuatu jangan fikir untung semata-mata. Si pembuat akan mengatakan bahawa mereka di sana yang perlu makan dan mahu yang paling mahal maka berlakulah permintaan dan penawaran yang sah. Tapi adakah itu satu perbuatan yang dihalalkan? Entahlah. Saya asyik menulis je. Tapi ada permintaan ke? Bukankah saya hanya melakukan penawaran sahaja. Di sudut ekonomi orang akan mengatakan pergi jahanam dengan penawaran tersebut!! Tetapi nun jauh di lubuk hati saya merasakan satu kepuasan yang mana datangnya dari lubuk ilham entah dari mana. Hanya apa yang boleh saya ungkapkan Allah Yang Maha Besar lagi Mengetahui. Dirasakan kalau semua orang memikirkan penawaran dan menepikan permintaan, adakah dunia akan menjadi lebih aman?

No comments: