Saya berdepan dengan situasi yang mana kekuasaan yang diberi kepada saya tidak dijalankan dengan sempurnanya. Berlaku juga kelonggaran yang boleh menghianti pemberian kuasa itu kepada saya. Sesungguhnya Allah telah menjadikan segala-galanya untuk menyembahNya. Dan mengapa pula aku perlu ingkar apabila sememangnya kuasa yang beri adalah hak mutlak yang tidak boleh dipertikai.
Ingatlah, ada manusia, dengan kekuasaan yang diberi telah menghianati ruang lingkup biudang dan terbabas jauh dari prinsip kuasa dan puasa. Maknanya setiap kuasa ada batasan boleh buat dan ada yang tidak boleh langgar pun.
Tidak menjalankan tugas sedangkan kuasa ada, maka itu juga dimaksudkan telah melanggar bidang kuasa yang diberi.
Hari ini terdengar saranan songsang yang boleh membahayakan kedudukan aku yang telah di beri kuasa. Sememangnya kuasa selalu dengan mudahnya dicabar oleh perlakuan yang songsang dari kalangan mereka yang jahiliah terhdap kekuasaan Allah Subahanawataala. Allah telah memberi amanah kepada kelompok dan orang orang yang dikehendakiNya untuk menjalankan tugas. Maka hendaklah dipatuhi arahan dan saranan kerana dalam saranan dan arahan itu membawa kebaikan kepada semua di dunia dan diakhirat.
No comments:
Post a Comment