Tuesday, January 4, 2011

Buah-buahan...

Tidak semua jenis buah berbuah sepanjang masa. Tetapi ada pokok yang sentiasa berbuah. Mengapa? Bagi pokok senang dijawab. Tetapi adakala pokok yang sentiasa berbuah itu berhenti berbuah buat selama-lamanya. Mengapa? Mengambil contoh dari buah yang sentiasa berbuah, saya dapati ada orang boleh menulis apa sahaja sepanjang masa. Tetapi ramai yang kegersangan dan ketandusan menyebabkan idea berbuah sekali sekala. Apakah pertimbangan kehidupan dan pemikiran mereka yang menyebabkan ianya begitu. Semalam adalah hari pertama saya masuk kelas untuk berkuliah. Ramai pelajar telah tidak menghadirkan diri. Mengapa? Atas pertimbangan apa yang menyebabkan itu berlaku? Di mana terletak pemberat keputusan mereka? Yang pasti elemen tua telah tidak menjadi asas disiplin pemikiran mereka..

No comments: