Saturday, January 1, 2011

merenungi kebesaran Allah..

Allah Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih. Kita sahaja tidak menghayatinya. Tengok sahaja kejadian kita. Kita mungkin ditiadakan. Tapi kita ada. Entah dari mana bukan? Itu pun ada yang gah seolah-olahnya merekalah segala-galanya. Sememangnya Allah sentiasa memerhati ciptaanya walaupun kita sendiri tidak menyedarinya. Di mana perlu ciptaannya itu diberi kekayaandan kekuasaan, maka kayalah dan berkuasalah mereka. Hak usaha adalah manusia itu sendiri. Tetapi hak kekayaan dan kekuasaan adalah hak Allah. Azam azamkan diri supaya dapat menghampiri Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang semoga segala permohonan akan dimakbulkannya.

SELAMAT TAHUN BARU.

No comments: