Tuesday, March 1, 2011

Kesepian..

Kesepian melanda diri. Tidak selalu aku begini. Entah dari mana puncanya. Sudah tentu dari elemen alam semesta. Atau dari kekasih yang tidak menjelma tiba? Atau kekasih sudah menjelma tiba tapi susah berkata-kata. Adakah sebarang ikatan bermula dengan kata-kata? Seribu kemungkinan. Itulah khayalan. Itulah kenyataan. Atau itulah permulaan ikatan dengan Allah Yang Maha Besar lagi Berkuasa keatas Segala-galanya. Namun tidak sunyi juga dari gimik-gimik kehidupan, keterlampauan dalam mengada-adakan benda yang berlebihan. Allah Yang Maha Besar. Sesungguhnya kepada Mu Hamba Bermohon supaya sebarang kesepian yang melanda ditukar menjadi sesuatu yang produktif dan bermakna, justeru dapat memberi cahaya kepada rumah dan ummah yang kesepian kerana kurang pengetahuan tentang pahala dan syorga. Lantas kesepian menghilang, kerana Mu Ya Allah lebih Berkuasa dan terus Berkuasa.

1 comment:

HambaMaya said...

ni dah kes syahduuuuuu ni prof.. hohohoho.. : )