Monday, March 14, 2011

Mengapa masih lagi tidak berkesanggupan..?

Susah membuat kata putus. Susah mencari kompromi memujuk hati yang telah terlatih dengan kebaikannya. Keterbukaan sudah menjadi landasan hidup sebegitu lama. Walaupun ajakan ditapis dan disaring, walaupun kabur halanya, aku terima untuk melalui dan merentasinya. Syukur aku kepada Allah Yang Maha Besar yang telah memberi petunjuk kepada jalan yang benar. Walau tersirat pada mulanya dengan seribu persoalan dosa dan pahala, akhirnya aku berada di tempat yang baiki baik. Hanya kepada Mu Ya Allah aku memohon akan segala keampunan kerana tiada yang lebih benar selain dari Kekuasaan Mu Ya Allah.

No comments: