Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Thursday, March 17, 2011
Ketentuan...
Ketentuan Allah. Ramai yang menyebutnya. Ramai yang memperkatakan. Mengapa dianggap sebagai ketentuan? Apa tidaknya. Tidakkah segala galanya di bina di atas premise angka yang besar dan banyak dan menjurus kepada satu `calculation' yang senang difahami oleh kita sendiri? Dalam bilion, mengapa kita yang satu? Dalam jutaan orang perempuan, mengapa dia yang satu? Dalam banyak-banyak hari mengapa hari itu, masa itu, ketika itu, dan kesemuanya bermula dan berakhir dengan satu? Adakah kita mempunyai banyak pilihan? Hanya satu. Sudah tentu ada satu kuasa yang menentukan segala-galanya. Bila sampai masa dalam berbilion masa, maka mengapa dalam satu masa sahaja kita akan meninggalkan dunia ini yang penuh dengan ketentuan ketentuanNYA. Hanya Allah Sahaja Yang Maha mengetahui akan segala rahsia kejadian dalam konteks KETENTUANNYA. Ya Allah, hanya kepada Mu hamba memohon perlindungan dan keampunan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment