Saturday, April 16, 2011

cepat terputus...

Masa berjalan begitu pantas. Sedar sedar aku berada di time zone yang berbeza. Cepat terputus dengan peristiwa baru sekejap berlalu. Dirasakan tidak sempat aku mengungkapkan sepatah dua kata menyimpulkan perasaan hati yang sering bertubi tubi terjahnya.Tidak sempat. Masa membawa aku ke zone yang lain. Rasa baru semalam segala-galanya berlaku. Walhal ia adalah peristiwa `100 tahun yang lampau'. Aku entah dimana. Mereka yang terserempak dan terjumpa hanya sempat melakar senyuman sedikit sekali berkata kata. Itulah sahaja kenangan dan ingatan yang ada. Kepada Allah aku menyembah fitrah memohon kekuatan dalam menghadapi masa yang silam berdepan dengan apa yang mendatang.

No comments: