Saturday, November 3, 2012

dua kategori...

Satu, mereka yang menerima segala-galanya seadanya. Tidak ada apa hendak di pagarkan. Semuanya terbuka. Dua, mereka yang tidak atau tidak menyedari kehadiran orang lain dalam hidupnya. Tidak mengambil kira apa apa dan mengapa, mereka berekeras dan berdegil. Kesunyian memagari hidup mereka. Ada baik dan ada tidak baiknya. Di bawah manakah saya tergolong? Saya lebih kepada kategori yang pertama. Tetapi akhir akhir ini saya mengesan mereka yang tergolong dalam kategori yang kedua. Malah perasaan pertama dan kedua bercampur baur. Dalam apa jua keadaan, saya menarik nafas\lega kerana kewarasan masih terasa dalam tindak tanduk saya. Banyak keterbukaan dari ketutupan.Patutkah saya merasai begitu? Walau di manapun kita berada, marilah kita sama sama memohon taufik dan hidayah dari Allah Yang Maha Mengetahui. Allahuakbar.

No comments: