Monday, November 19, 2012

Sudah dirasa...

Susah hendak memberitahu sesuatu kepada orang lain. Kerana apa yang dirasa tidak dirasa oleh mereka. Maka terjadilah pertengkaran kecil dan ada juga terjadi pertengkaran besar. Tidak kurang juga tercetus peperangan antara kaum degan kaum yang lain, antara puak dengan puak, dan antara negara dengan negara. Sungguh malang sekali kerana apabila telah dirasa buruknya peperangan, dengan derita dan seksanya, maka berlakulah kedamaian. Kematian juga merupakan satu peristiwa  yang susah hendak diberitahu. Kita tidak akan merasainya sehinggalah tiba pada masanya. Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkuasa lagi mengetahui Segala-Galanya. Lambat laun semua orang akan merasainya. Adakah kita mengambil iktibar dari kematian yang berlaku kepada orang lain? Allahuakbar.

No comments: