Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Sunday, March 8, 2009
Merenung jauh ke dalam diri kita..
Apalah salahnya sekali sekala kita merenung jauh..jauh ke dalam diri kita dan bertanya mengapa kita dan siapa kita. Melihat dari apa yang telah tercapai setakat ini, dengan mudah kita boleh mengatakan itulah kita, atau itulah saya dan itulah dunia saya. Ada orang bertanya, siapa awak? Berpeluh juga buatnya kita dengan soalan tersebut. Soalan yang berupa begitu akan membuat kita mengeluh panjang. Siapa awak? Entahlah, saya pun tidak mengenali diri saya. Mungkin soalan itu ada berbau macam macam. Kalau nak tahu nama tanyalah nama. Kalau nak tahu dari mana saya datang tanyalah apa apa yang menjadi keraguan si penanya selama ini. Atau soalan sedemikian menggambarkan saya seorang yang sukar difahami walaupun sudah banyak kali mencuba supaya saya dikenali. Merenung jauh ke dalam diri saya, suasana akan menjadi kelam kabut seketika kerana semakin jauh kita pergi maka semakin jauh kita akan berada di alam lain. Atau sememangnya kita dijadikan untuk alam lain? Jadi di mana saya selama ini? Adakah saya pernah kenal akan diri saya. Manusia tidak pernah mengenal diri mereka selagi mereka tidak berada di alam yang lagi satu tu. Sebenarnya alam yang lagi satu sungguh indah dan merupakan tempat di mana kita akan beroleh kehidupan yang aman dan damai seperti juga dengan dunia yang kita diami sekarang. Oleh kerana kita tidak pernah mengenali diri kita maka berlakulah tafsiran yang menggambarkan bahawa kita telah meletakkan nilai yang salah terhadap kehidupan di muka bumi ini. Gementar saya apabila membincangkan perkara ini. Sehingga berjumpa lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment