Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Saturday, September 5, 2009
Hanya dengar benda yang kecil...
dan nampak benda yang besar. Maka berlakulah ketidakadilan dalam kehidupan. Itulah lumrah perlakuan manusia umum, `maitaining the status quo' kata orang putih. Sepatutnya semua benda yang nampak adalah kecil, dan biarlah perkara yang dengar itu besar,hebat dan perlu dihalusi. Barulah kita boleh menjadi insan yang memahami perkara perkara yang ghaib dan telinga sahaja berperanan memahaminya. Dan dari telinga terus pergi ke minda pemikiran yang sentiasa menerima dan menghadam apa yang didengar. Justeru selepas seketika ternampaklah segala galanya bukan dengan mata tetapi dengan hati. Itulah yang dikata orang sebagai mata hati. Dan dengan mata hatilah seseorang itu akan dapat menghalusi yang selama ini merupakan ilusi dan persepsi mata yang memandang dan lantas kita tidak mudah terperangkap atau terjerat dengan pergolakan yang tidak berfaedah...Bacalah dengan nama Allah. Tetapi adakah orang yang mendengar itu memahaminya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment