Diri sendiri pun ada sempadan. Apa yang hendak dikata dan dibuat akan dirasai oleh perasaan bersalah dan perasaan tidak patut. Sebenarnya kita sendiri adalah pengawal utama kepada diri kita sendiri. In the true sense of the word we are responsible for the attention that we get from other people. Tapi kaedah yang kita guna adalah menggariskan perlakuan yang telah di bina sejak kecil lagi dan di tokoh tambah oleh pengetahuan yang di dapati secara formal dan tidak formal. Lantas kita sentiasa berdepan dengan ungkapan `rambut sama hitam hati lain-lain.'
Ada kajian yang mengatakan bahawa orang yang berjaya itu adalah orang yang suka memberontak dan sangat membenci keadaan yang menampakkan tak suka berubah atau status quo. Rambut pada mereka ini tidak sama hitam. Dan hati pula tidak jauh bezanya antara seseorang itu. Lantaran pemikiran yang sedemikian, segala usaha yang dibuat orang lain akan di analisa dari sudut `syok sendiri' dan tidak menampakkan talian kepada semua orang tetapi hanya kepada kelompok mereka sendiri. Masyarakat adalah terdiri dari kelompok kelompok kecil ini yang berlegar di sekitar kelompok mereka sendiri. Dan kalaulah dibiarkan perkara begini berterusan, sesuatu organisasi atau individu itu tidak akan bergerak maju.
Rumusan dari apa yang saya katakan ini adalah, persempadanan diri sememangnya telah ada, tetapi dengan memahami persempadanan orang lain, kita akan dapat mengesan tempat tempat yang boleh dibolosi. Senang kata, rambut mereka tidak sama hitam tetapi kehendak dan kemahuan hati adalah akan akan sama. Jadi awasilah sempadan diri kamu sendiri supaya tidak senang dibolosi. Macam mana dan bagaimana? Hanya dengan peningkatan pengetahuan kamu boleh menembusi dan membolosi sempada orang lain...
No comments:
Post a Comment