Sunday, September 20, 2009

keakhraban batiniah sesama insan..

Tidak lagi seperti dulu. Komuniti yang kecil mengenal satu dengan yang lain adalah satu kemestian kepada setiap individu itu. Itu dulu. Tidak lagi hari ini. Keakhraban batiniah sangat bergantung kepada teknologi. Batin menderita kerana kita tidak memiliki teknologi yang sepatutnya berjalan seiring dengan kehidupan ahli kepada masyarakat tersebut. Batin bukan lagi soal hati tetapi soal ICT.Ibu bapa terseksa kerana anak yang tinggal jauh tidak menelipon atau mengSMS ayah dan ibu. Di hari raya ini, menghadirkan diri secara fizikal di setiap tempat adalah mustahil. Tapi phenomena dunia adalah phenomena ICT dan teknologi yang ada kaitan dengan penguasaan maklumat alam maya. Walaupun jauh, perhubungan melalui maya di jadikan lebih mudah dan begitu cepat sekali. Itulah Kebesaran Allah Subahanawataala yang menguasai ke atas segala-galanya. Allah Yang Maha Besar.

No comments: