Tidak ada kuasa yang boleh melebihi Kekuasaan Allah. Fitrah hambanya tidak akan merasai kekuasaan yang diberi walaupun sedikit kerana kekuasaan manusia sepatutnya telah berpindah kembali kepada Allah Yang Maha Besar lagi Mengasihani. Jika ada orang yang mengatakan dia itu berkuasa dan merasa dirinya berkuasa, ini bererti hubungan dia dengan Allah amat rapuh sekali. Manusia mudah lupa dan sentiasa dalam keadaan riak bila mereka melebihi orang lain dengan sesuatu yang bernilai walhal kesemua itu merupakan kepunyaan Allah dan diamanahkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Banyak perkara yang berlaku semacam memporakperandakan hubungan manusia dengan kekuasaan Allah ini. Dan dalam keadaan kelam kabut beginilah ada yang telah mengambil kesempatan, baik politik, sosial, budaya, mahupun ekonomi, dengan mengatakan yang betul itu salah. Dan yang salah itu diperdiamkan sahaja. Manusia hidup dengan penuh kepuraan demi menjaga kepentingan kelompok mereka dan diri sendiri sahaja.
Walaupun begitu, ada yang tidak pernah merasai dirinya lebih dari orang lain walaupun hakikatnya tidak begitu. Ini menyebabkan hubungan mereka ini sesama manusia diperlekeh, dan disalah tafsir kehadiran mereka baik perkataan mahupun perbuatan. Mereka lupa orang yang sebegini, wadah tafsiran mereka adalah luas, halus, dan mencakup semua masa dan semua perkara. Juga mencakup soal hidup dan soal mati.
Allah Yang Maha Besar lagi Mengasihani dan Berkuasa ke atas Segala-Galanya.
No comments:
Post a Comment