Kata orang hidup beradat, mati berkubur. Adat pula sungguh banyak pecahannya dari perkara sekecil-kecilnya di peringkat individu, kepada adat yang sebesar-sebesarnya di peringkat perpaduan negara.
Kita bercakap pasal Ma'al Hijrah dan penghijrahan yang sepatutnya dilkakukan. Tetapi setengah adat bukan senang hendak dihapuskan. Itulah sebabnya saya menggunakan perkataan meniti. Inya menggambarkan ketelitian dan penelitian sebelum sesuatu itu hendak diubah.
Saya sudah banyak berubah. Jika diingat-ingatkan perubahan yang berlaku, semangat perubahan itu bermacam-macam. Ada yang dirancang, ada yang tidak, dan ada yang terpaksa.
Dalam konteks Islam, perubahan yang macam mana yang patut dilakukan? Sudah pasti perkara perkara yang ada kaitan dengan kebaikan diri dan kesejahteraan ummah. Juga kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat.
Sesungguhnya hanya Allah Sahaja Yang Mengetahui Segala Rahsia KejadianNya.
Bersama-samalah kita menghayati Ma'al Hijarah.
No comments:
Post a Comment