Berdialog dengan diri sendiri merupakan perkara biasa bagi saya. Tanpa disedari selepas bertubi-tubi melemparkan hujah, akhirnya saya terjumpa apa yang selama ini tercari-cari rupa rupanya ada di sisi. All the thoughts that has been troubling me for the past few weeks are actually solved overnight.
Apa yang sebenarnya berlaku menyebabkan terselesainya masalah tersebut? Adakala kita bagai kan nak gila memikirkan sesuatu untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang mana pada zahirnya susah dan sukar. Tetapi kita lupa bahawa dengan tersujudnya di tikar sembahyang menghadapi Allah Yang Maha Besar, segala lorong penyelesaian terbentang luas di hadapan. Terasa hampir dengan Allah dapat membendung segala kekusutan disebabkan terlalu mengharap kepada manusia lain untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Saya terlupa mereka juga tidak terkecuali dari memiliki ciri kelemahan yang merupakan fitrah dan juga membuat kesilapan. Manusia itu juga lemah dan sedang tercari cari wadah yang betul bagi mendekatkan diri dengan Allah Subahanawataalla.
Hanya kepada Allah Kita Bermohon dan Berdoa. Allah Yang Maha Besar.
No comments:
Post a Comment