Hanya mengingatkan diri sendiri supaya tidak mudah tunduk kepada kepalsuan pemikiran pemikiran di luar sana yang belum tentu lagi mengandungi setitikpun kebenarannya. Allah sentiasa menguji manusia dengan peristiwa peristiwa supaya terpisahnya kebenaran dan kepalsuan. Kita akan menjadi lebih tenang apabila ternyata di rasakan kebenarannya sesuatu itu. Tak semestinya yang terlihat dan terdengar itu merupakan faktor mutlak yang akan menentukan kebenaran dan kesahihan sesuatu itu. Tidak didengar dan tidak dilihatpun mungkin merupakan faktor kebenaran lebih dari yang nampak dan didengar. Mungkin apa yang dirasa merupakan penentu mutlak kepada ujian kepada kebenaran tadi.
Nah, nasi, lauk, pauk sudah terhidang kemas di atas meja. Di dengar dan sememangnya terlihat sedap. Tetapi belum dirasa. Dalam keadaan begini jangan melatah dan terus memuji akan masakan tersebut. Kehidupan penuh dengan faktor hanya lihat dan dengar sahaja. Terdengar kisah orang kaya. Terlihat orang miskin. Ternampak rumah besar. Terdengar cerita hebatnya seseorang itu. Dan banyak lagi ungkapan contoh lihat dan dengar ini. Mungkin ada benarnya dan mungkin tidak. Masih ada lagi keterlibatan diri secara langsung yang akan dapat menyimpulkan kebenaran sesuatu itu. Allah jua yang Maha Mengetahui akan Segala-galanya.

No comments:
Post a Comment