Monday, December 14, 2009

Great Life...


Adakala kita tidak perlu terlalu kritis terhadap perkara perkara yang ada kaitan dengan kehidupan keseluruhannya. Kita mungkin kritis di peringkat peringkat atau tahap yang tertentu sahaja. Life in itself is great. No argument about it. And the less understood we are towards it, the greater would be the effort to realise the higher level of great life.

Kehidupan ada tahap hidup hidupnya. Ada tahap hidup yang mana kita perlu fikirkan apa orang lain fikir terhadap kita. Rasanya hendak masuk dalam badan mereka dan menengok kita dari kaca mata mereka. Ada tahap hidup yang mana ianya tidak perlu kerana perkara itu tidak hidup lagi untuk dipertikaikan.

Saya berada di tahap kehidupan yang agak berlainan sekarang. Just live my own life and minimised to the tray apa yang difikirkan atau pandangan orang lain yang masih lagi berperang untuk sampai ke tahap kehidupan rasa yang lebih tinggi.

Walaupun begitu, saya tidaklah angkuh dengan pandangan dan sikap yang menampakkan kejahilan atau ketidak matangan sesorang. Ada golongan yang cuba merendahkan orang yang kedudukan orang itu sudah tinggi dan tidak boleh diturunkan lagi kerana sebab-sebab tertentu. Malah orang yang merendahkannya itu masih berada di tahap rendah buat masa ini. Tetapi oleh kerana kejahilan dan ketidakmatangan, individu ini dengan tidak secara langsung membuka pekong di dadanya sendiri.

For once I feel I am truly independent in writing all these. Is it for myself to digest or for others? Don't really care right? Just live the feel you have been feeling all this while just because you are just experiencing a a feel of great life. Allah Yang Maha Besar dan Maha Mengetahui akan Segala Rahsia Kejadian.

No comments: