Tuesday, February 2, 2010

Antara jiwa dengan jiwa...




Sempena Hari Wilayah Perseketuan, 1 Feb 2010, rancangan TV di isi dengan perbincangan hal hal bersabit dengan bandar bandar yang ada jiwa dan yang tidak. Sudah pasti Kuala Lumpur telah dibandingkan dengan bandar bandar lain di dunia. Oleh kerana saya sendiri telah banyak menjelajah ke bandar bandar Amerika Syarikat, maka apa yang dibincangkan telah mendapat perhatian saya untuk menyertai perbincangan ini di blog saya dan dari sudut pandang saya yang bukan pakar dalam hal proses perbandaran ini.

Ada ahli panel yang telah lmembandingkan Singapura dan Kuala LUmpur dan merumuskan bahawa Singapura lebih memiliki jiwa bandar berbanding dengan Kuala Lumpur. Betul ke? Kuala Lumpur baru merangakak walhal Singapura sudah memiliki jiwa global kian lamanya.

Semasa saya menulis ini, terbau bandar Whitewater di Wisconsin dimana saya telah memperolehi ijazah sarjana saya. Whitewater merupakan bandar yang begitu kecil tetapi ia memiliki segala gala yang menyebabkan sedar tidak sedar saya dapat bertahan dan sangat menyukai bandar tersebut. Apa sebabnya?

Bandar kecil tetapi segala galanya berjiwa dari sekecil-kecil benda kepada sebesar besar perkara. Small town but it represents a world that moves towards perfection in terms of arts, sciences , and material possession. Bayangkan bandar sekecil itu boleh dikatakan setiap minggu dihidangkan dengan persembahan theater yang bermutu dan menjadi tarikan kepada penduduk disekitarnya untuk menontonnya. Appreciasi saya terhadap persembahan theater berputik di bandar tersebut. Mengapa tidak di bandar Malaysia?

Adakah antara faktor penjiwaan bandar disebabkan penduduknya yang sentiasa peka dan perihatin terhadap sejarah bangsanya atau disebabkan benda benda lain? Atau kita mempunyai jiwa tetapi jiwa yang kita memiliki adalah jiwa yang tidak diresap dengan penjiwaan sebenarnya satu satu peristiwa itu? Atau boleh disimpulkan antara jiwa dengan jiwa sememangnya ada keunikannya tak kiralah negatif atau positif...

No comments: