Terilhamnya tulisan ini kerana saya ingin mencari petunjuk terhadap siapa diri saya sebenarnya. Oleh kerana saya diasak dengan ilmu pemasaran sekian lama maka tidak boleh tidak ilmu itu juga diguna pakai kepada aspek kehidupan saya yang lain. Misalnya sewaktu bujang dulu, sentiasa tertanya siapakah yang akan menjadi isteri kepada saya. Adakah watak isteri ada persamaan (atau pertentangan) dengan watak yang ada pada diri saya? Atau ada dimensi tertentu di dalam isteri saya yang memberi petunjuk kepada siapa diri saya yang sebenarnya..
Ilmu pemasaran sentiasa menjodohkan (juga penjodohan bertentangan) profil pengguna dengan aspek dan dimensi yang ada pada barang atau perkhidmatan yang diusahakan. Petunjuk kepada siapa pengguna adalah ciri-ciri pengguna itu sendiri.
Begitu juga dengan profil pembaca yang membaca blog saya. Adakah siapa saya memberi petunjuk kepada siapa pembaca blog saya, atau siapa pembaca memberi pertunjuk siapa diri saya yang sebenarnya?
No comments:
Post a Comment