Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Wednesday, August 31, 2011
Tertinggal jauh...
Ada reaksi yang sungguh meninggalkan kesan. Kesannya adalah terlalu personal untuk diperkatakan. Mengapa? Kerana aku tidak tahu sama ada ia datangnya dari emosi yang bergelora dan berkocak, atau dari logika fikir yang stabil. Adakah aku sudah tertinggal jauh atau mereka yang sudah terlalu jauh untuk disedarkan? Tetapi jelasnya aku masih berpijak di bumi yang sama dengan langkah yang sama. Apa ianya tidak lagi berarus seperti dahulu, sekadar melalui masa yang tidak lagi dapat diurus? Hamba Mu Ya Allah bermohon supaya jalan yang dilalui adalah jalan yang lurus menuju kebenaran hingga ke akhirat.
Tuesday, August 30, 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
Entah dari mana..tetiba terasa hendak di bina sesuatu untuk aku. Sesuatu yang menampakkan kemenangan. Boleh ke? Ramai pemerintah yang hendak diingati telah membina monument atau tugu bagi mengingati mereka yang akan pergi dan telah pergi. Maka terbina tugu yang tersergam indah. Aku tidaklah terasa begitu. Apa yang aku usahakan adalah dalam bentuk pemikiran yang boleh diguna bagi mereka yang menghadapi masalah harian. Hanya Kepada Allah Kita memohon Pertolongan dan Perlindungan. Dan kepada Allah kita mengucapkan kesyukuran. Maka hari ini kita menyambut dan meraikan kemenangan kita.
ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF DZAHIR BATIN.
ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF DZAHIR BATIN.
Monday, August 29, 2011
Perfection...
The perfection rests with the perfection of the group. When comes to individual versus the group, the group is much perfect than the individuals in the group. As an individual, from top to bottom, from inside to outside, from physical to mental, from life to death, imperfection rules the space and the time, the land and the seas, the night and the day. Physically she or he might score a perfect 10, but when comes to management of needs, wants, and money, the same person might score a perfect zero. And some says, you might be beautiful, but you loose your beauty when comes to money management. You are a perfect individual, but you disgust me when you talk about spending money that can betray the dynamics of a marriage and a group. Is my writing perfect? Could score a perfect 10. What about me as a person? Kesempurnaan adalah milik Allah. Walaupun begitu manusia tidak sunyi dari mencari kesempurnaan. Carilah dalam bertawakal dan bertaqwa. Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Akhirnya hanya kebesaran Allah Yang ditemui. Berdoalah. Allahuakhbar.
Sunday, August 28, 2011
Dulu ada aku belajar `anthropology'..
Antara pesanan dan pengajaran dari kursus ini, orang dan kelompok masyarakat yang mudah sangat putus asa, mudah sangat melupakan seseorang kenalan, mudah sangat menyakiti orang lain, mudah sangat berperang, mudah sangat membeli di luar batasan keperluan, mudah sangat tergoda dengan kecantikan, mudah dan dengan kejamnya hanya menerima tetapi tidak memberi dan berkongsi, adalah terdiri dari mereka yang cepat pupus..Tengoklah sejarah Mayans di Mexico, hilang lesap entah kemana..hanya meninggalkan serpihan tulang, tengkorak, rangka dan serpihan pinggan mangkok, serpihan batu dari istana dan bangunan yang telah didirikan dengan perasaan gah dan sombong.Gagah tetapi mudah...MasyaAllah. Islam pula mengajar kita bahawa kalau kita mudah memaafkan akan apa kesilapan orang lain terhadap kita, maka kita akan diberi pahala dan hidup kita lebih aman dan tenteram. Hanya Allah Sahaja Yang Kekal...
Saturday, August 27, 2011
nafsu cuba memperbaharui keinginan yang sudah pun dipenuhi...
Itulah lumrah keinginan, keperluan, dan kepuasan yang sentiasa menjadi buruan nafsu yang hanya hendak merasai apa apa dalam sentuhan yang pertama sahaja. Benda tetap lama tetapi apabila ianya disalut dengan teknologi baru, dan berwajah baru, maka nafsu mulai menggila. Meronta dan mengharap sentuhan dan kepuasan yang pertama sahaja. Walaupun fizikal masih cantik, masih indah, dan masih berhayat, nafsu mengatakan ianya tiada ada guna lagi...Allah Yang Maha Besar sangat mengenal akan apa yang diciptanya. Disitulah racun dan disitulah penawar. Sesungguhnya berjayalah bagi mereka yang bertaqwa dan tidak mudah tunduk kepada nafsu...Allah Yang Maha Besar...
Friday, August 26, 2011
face-to-face..
Face-to-face and that changes all and creates all. In the beginning It is all a world of face to face..but now, it is a face-to-face sociallly, politically, culturally. And now we have a face book. Is it truly a face-to-face situation? Have I ever been in a situation where I am truly face-to-face with myself as a person? Or with others as an individual and a person, for that matter? Allah lebih menghampiri kita lebih dari kita sendiri. Kepada Allah kita memohon hidayat, pertolongan dan perlindungan.
Thursday, August 25, 2011
A micro man...
I shunned events that has that macro connotation despite the very fact that we should be there is micro in its spirit. Yesterday there was an event that I was invited to attend and be part of the crowd. But the crowd is politicio-social in its setting. It might defeat the purpose of Ramadan of wanting to see equality in all Allah's creations. I f I were to be there, friends are no more friends. Faked smiles and insincerities in the faces of those attended would be the order of that evening event, the breaking of fast with dignitaries of many and varied political positions wanting to see their lust for power an everlasting lust. It is actually not a truly face-to-face sessions. It is rather a face to face with social, and political heavy weight of one to go kind. A one-way communication and interaction. It is hurting. Kita terkadang melupai bahawa disebalik sesuatu kelembutan itulah adalah kekuasaan dan kekuatan yang boleh meruntuhkan tembok besi. Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kasih Allah dan Sayang Allah adalah merupakan sumber kekuatan kepada yang mengerti dan memahami. Allah Hu Akbar.
Wednesday, August 24, 2011
Micro-chipping...
A buzz word indeed but it means a lot to me. Of late I have been microchipping in the things I write. It is such a big world but when comes to picking a story, it is just a tiny droplet out of the vast ocean. In the eyes of the vast world and the planets out there, i am just a small story. But in terms of micro chipping, nobody is without a story to tell. Allah is Great, Micro, Macro and in to the Finite and Infinity of ALL....
Tuesday, August 23, 2011
It is a micro consciousness...
That little feel of selfishness is still there. Some seem to be pervasive and some are so minute to be detected. Talking to a person and all seems to be a chosen one. Do some sensing, that litte human ego still rules the day. It does not matter whether it is a big ego or seems to be non-existent. What matters, it boils down to one point. You have been cheated. That person successfuly make a turn around from being a good person to a person in the stature of Mr Hyde. Where is the Doctor Jekyll in him or her? Only time would spell the kind of person he or she is. Allah Sahaja Yang kekal dan Sifat 20 Allah adalah penentu pada kekuasaan Allah. Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan dan di jauhi dari sifat yang tidak disukaiNya. Semoga kita beroleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Monday, August 22, 2011
Di sebalik cetusan kata-kata...
Di sebalik cetusan kata-kata, tersembunyi rahsia yang dicari. Rupa-rupanya ada keadaan dan suasana aku dipukau oleh diri aku dan kata kata aku sendiri. Tiada ada kaitan dengan orang lain. Allah Yang Maha Besar. Mereka diberi dan menyedari kesempatan di atas apa apa yang aku katakan, sedangkan mereka tidak berkata apa yang aku katakan. Tidak kurang juga yang menggunakan kesempatan ini untuk kepentingan diri mereka. Adakah itu kelemahan aku? Allah Yang Maha Berkuasa. Tidak terlintas sama sekali apa yang mereka perolehi adalah cetusan rasa hati aku dan bukan cetusan rasa hati mereka yang mendengar. Mereka telah mengambil kesempatan di atas kelemahan yang mana amat sukar di mengerti oleh aku empunya diri. Aku memohon kepada Allah agar disedarkan aku dari sebarang perkara yang boleh merugikan aku dan mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa lagi Menguasai Segala--Galanya.
Sunday, August 21, 2011
di sebalik kesunyian yang menyeramkan..
Aku tidak lagi mendengar apa yang aku dengar. Aku tidak lagi melihat apa yang aku pandang. Adakah aku membaca apa yang dibaca? Di sebalik kesemuanya itu, ada semacam kesunyian. Menyeramkan? Apa di sebalik kesemua itu, KEBENARAN yang SATU yang dimaksudkan? Kepada Allah saya memohon Perlindungan dan Pertolongan.
Saturday, August 20, 2011
Kata dan perasaan yang memukau...
I was known to be a good boy. And that brings me to another life, I was also known to be a good man. This is because I have words and feelings that can soothe anybody that confronts me, old and young, man or woman. But it can lead to an unjustifiable effect. My way, my words, and my manner, leads to self-hypnotism of varied kinds and nature. My words, my feelings, and my manner did it all for me. And now here I am helping others for no known clear reasons. Allah Yang Maha Besar, bulan Ramadhan ini telah membuka minda saya kepada beberapa perkara yang mana selama ini perkara self-hypnotism ini tidak pernah terlintas pun. Dan ianya telah disedari. Syukur saya kepad Allah kerana dengan itu telah menyelamatkan saya dari beberapa perkara. Membahagiakan..Allah hu Akbar..
Friday, August 19, 2011
Apa yang dicari dan apa yang dijumpa...?
Hari semalam membawa kepada hari ini. Dan hari ini apa yang dicari? Juga apa yang terjumpa? Dengan adanya TV dan program-program nya seolah-olah TV telah mencorakkan pandangan kita. It is nothing from the truth. Di pedalaman nun jauh di sana rupa rupa nya TV juga telah mencorakkan pemikiran penduduknya. TV juga sebuah entiti yang cuba menegakkan sesuatu yang belum tentu benarnya. Lantas apa sebenarnya yang perlu kita hadapi supaya pemikiran terus berdiri gah dalam konteks kejadian kita di sisi Allah? Mohonlah pada Allah Yang Maha Berkuasa ke atas Segala-galnya.
Thursday, August 18, 2011
Manusia Yang Tidak Sempurna...
Kekuatan yang sebenarnya adalah kekuatan Allah. Manusia tidak dilahirkan seorang yang kuat, mental dan fizikal. Perlu pada pertolongan dan penjagaan dari mula lahir ke dunia hingga mereka di bawa ke kubur. Proses kehidupan dan elemen sekitarannya akan menggelirukan perjalan manusia dari mula hingga akhir. Adakah proses kehidupan menjanjikan jalan yang lurus, baik, dan kesejahteraan hingga ke akhir hayat? Pertembongan yang tak sudah sudah akan menguji kekuatan kita dalam menghadapinya. Ada yang tidak berjaya melalui kegetiran hidup hasil dari pertembongan dengan proses kehidupan manusia lain dan elemen sekitaran kemasyarakatan budaya, ekonomi, dan sosial yang mencabar tindak tanduk kita dan ilmu di dada. Lantas kita mungkin mengeluh dalam proses menghadapinya. Namun dengan mengingati Allah dan memohon pertolongan dan perlindungan, InsyaAllah seseorang itu akan dibawa ke jalan yang membawa kepada kesejahteraan. Sebagai manusia ciptaan Allah, kekuatan sepenuhnya tidak diberi kepada kita. Sesungguhnya kekuatan sepenuhnya adalah milik Allah.
Wednesday, August 17, 2011
illusions, delusions...
Our eyes, our ears, our mind, are fond of things and events that creates illusions and delusions. But not the brain in its best setting. It is all down to earth and humble and in the sets of Allah as the central to everything. When illusion and delusion sets in, they are moving to a culture with different centrality. Acelebration of all sorts and the one I saw at you tube of a bank's celebration, all seems to be a cradle of todays new culture of worship. Despite death is near, delusions and illusions sets to mark their immortality! What a joke! Hanya Allah Sahaja Yang kekal. Bukan illusion dan bukan delusion. Tetapi nampaknya manusia fikir sebaliknya. Kepada Allah Saya Memohon Perlindungan dan Pertolongan.
Tuesday, August 16, 2011
Mencari kekuatan..
Ya Allah. Aku memohon kepada Mu supaya diberi kekuatan dalam menghadapi perkara perkara yang mana selama ini aku sangat perlu kepada kekuatan tersebut. Saya tahu saya telah dibekalkan dengan kekuatan ilmu, tetapi bila kekuatan perasaan dan rasa diperlukan, jelas saya nampaknya mengalah. Lots of time I have displayed a character that suits others and not me. Atau adakah itu sebagai ujian kepada hamba Mu ini ya Allah. Atau sebagai satau anugerah kerana dengan sedemikian saya dapat mengenal akan kelemahan yang ada pada manusia lain? Ya Allah Hamba Memohon Petunjuk, Pertolongan, dan Perlindungan.
Monday, August 15, 2011
Coming to terms...
Tidak dibenarkan mempersoalkan zat Allah. Dalam kehidupan manusia adakala mengapa dan sebab sesuatu itu berlaku susah ditafsirkan dan difahami. Kemahuan yang melampau boleh menyebabkan keretakan perpaduan umah. Kita nampak dan kita dengar. Kita baca dan analisa. Tetapi dorongan dan desakan susah di mengertikan. Sedar dan menyedari. Atau kita sama sekali tidak menyedari dorongan dan desakan kita sendiri? Inilah kehidupan. We don't have to come to terms with something of this nature. However hard I tried to fathom the knowledge behind it, the more `unsolvable' and the `lovable' the problem would become. Jangan kita membincangakan zat Allah. Hanya sekadar mengetahuinya sudah cukup. Mencari lojik yang keterlampauan akan membawa kepada padah. Segala-galanya tidak ada penghujungnya. Kemana ye? Berpegang juga kepada jasad dan jangan sangat berpegang kepada roh. Tidak mengenal roh pun tidak boleh. Keterlampauan berpegang kepada perkara yang berlaku tidak bagus juga, adakala merenung juga kepada yang tidak menjengah kepada hidup kita. Ada jawapan terletak kepada yang terlihat, tetapi janganlah menyebabkan kita keterlampauan kepada sesuatu hanya kerana memikirkan apa yang tidak dapat terlihat. Peratusan imbangan tahu dan kena tahu janganlah diperhitungkan sangat. Sesungguhnya Allah Yang Maha Besar, Berkuasa, dan Maha Mengetahui akan apa apa yang berlaku dan apa apa yang tidak, apa apa yang terlihat dan yang tidak. Mengapa? Boleh bertanya, tetapi tidak menampakkan keterlampauan yang boleh membawa kepada persoalan akidah. Kepada Allah kita memohon pertolongan dan perlindungan.
Sunday, August 14, 2011
mencari keredhaan..
Tidak terkecuali juga saya. Pengeditan pada banyak perkara saya lakukan pada bulan Ramadhan ini. Lantas saya telah menjadi seorang yang sabar, tidak melenting dan melatah. Natijahnya saya telah merasai nikmat kesabaran dan semoga Allah meredha di atas apa yang telah difikirkan dan dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.Sesungguhnya dari Allah maka tercipta segala-galanya.
Saturday, August 13, 2011
Team work...
Banyak kesimpulan yang boleh dibuat dari istilah `team-work' ini. Adakah saya merupakan seorang team player yang baik? Team-work dan team player merupakan dimensi rumah pemikiran yang sama tetapi kedapatan perbezaan yang ketara antara semangat dan buat. Dari sudut sudut tertentu saya adalah merupakan a good team player. How? Dalam konteks negara (wadah yang lebih besar) saya berperanan sebagai rakyat yang menggambar seorang tekun melakukan tugas secara diam memanfaatkan orang lain. Tetapi sebaliknya jika dilihat dalam konteks organisasi seperti organisasi tempat saya berkerja. Tak tahulah mengapa saya tidak sangat menyertai apa apa program dan aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi saya. Tetapi apakah dengan bersikap demikian saya merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab? Tidak juga kan? Team work untuk output yang terdekat tetapi saya lebih kepada output yang tidak nampak dalam jangka pendek.Tetapi apabila dilihat dalam jangka panjang, saya akan lebih berperanan dan bermakna. Perbuatan saya cuts across all dimensions of existence. Lantas peranan saya lebih merupakan pasif, tidak senang terlihat, ternampak, dan terasa. Jika saya berdekatan, saya mungkin dianggap seorang yang gagal. Tetapi jika berjauhan, maka saya mungkin dianggap seorang yang berjaya. Allah is Great, the Creator of everything, short-term and long-term all well in the Allah's Grand Design.
Friday, August 12, 2011
a strange learning process...
Yesterday I was knocked down by a train..ramming me into a thousand pieces. Surprisingly my soul remains intact. What about my physical body? All strewn in pieces here and there...I picked up something..it is my hand. Then another thing, my leg. But where is my head? There it is..It is just nothing when it stands alone separated from all other organs. And all this while I take things for granted. It is just all a convenient that has make me a fool. Am I? And today I am going to classes that make up individuals with organs remain intact. Would they experience the same fate as mine? If they do, then there begins a strange learning process...Allah Yang Maha Berkuasa. Jika dikehendaki perkara itu berlaku maka berlakulah ia.
Have you notice? for CNN and Discovery Channel...for them it is all strange countries and strange people in their reporting. That makes them a successful global television. Just look at your friend. Is there anything strange found in him or her?
Have you notice? for CNN and Discovery Channel...for them it is all strange countries and strange people in their reporting. That makes them a successful global television. Just look at your friend. Is there anything strange found in him or her?
Thursday, August 11, 2011
Garis yang memisah...
Bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang mana ayah saya tidak lagi bersama. Dia pergi buat selama lamanya meninggalkan dunia yang fana ini. Ayah telah menghembuskan nafasnya terakhir pada bulan March yang lalu. Saya dan emak telah dapat menyaksikan saat di mana rohnya berpisah dari jasadnya. Pilu dan sangat menyedihkan. Garis dan saat pemisah yang begini menunggu semua yang bernyawa. Allah tidak melambatkan sesaat pun pemergian seseorang itu. Al Fatihah buat arwah ayah saya.
Wednesday, August 10, 2011
Tertutup sudah...
Adakah sesuatu yang berlaku itu hasil dari perancangan yang rapi? Biarkan perasaan kasih itu terbuka dengan sendirinya. Andainya ianya tertutup awal, maka berakhirlah kisah sesuatu perkara itu walaupun saya terkilan dengan kesudahannya. Itulah lumrah kehidupan. Kita adalah ciptaan Allah Yang Menentukan segala-galanya. Bila terbuka dan bila ianya tertutup, kesemuanya dengan keizinan Allah Yang Maha Besar lagi Mengetahui Segala-Gala nya.
Tuesday, August 9, 2011
Menerima...
Rupa rupanya selama ini aku tidak dapat memisahkan pengertian mereka yang sememangnya memberi dengan mereka yang selalu dan hanya pandai menerima. Dalam kuliah semalam, saya telah mempamerkan maksud diatas. Saya ada berkata jangan takut bercakap meluahkan apa yang terpendam dihati. Tetapi ramai yang tidak. Secara gurauan saya mentafsirkan bahawa yang berani itu adalah mereka yang benar benar berpuasa. Dan mereka yang tidak berani itu adalah mereka yang tidak berpuasa. Senangnya saya mentafsirkan mereka yang berpuasa dengan cara begitu. Betul kah saya? Di fikirkan balik, apa yang selalu saya buat adalah memberi. Hidup saya penuh dengan memberi. Cara saya bercakap, isinya, ketepatan masa saya, pemurah saya, semua menggambarkan bahawa saya adalah seorang yang memberi. Tengoklah sahaja dengan apa yang saya tulis, walaupun ramai yang tidak mempedulikannya, saya tetap menulis. Saya seorang yang memberi. Namun ramai di luar sana adalah terdiri dari mereka yang sudah ariff dan bijak mengurus dalam soal menerima.Walaupun pada mata kasar mereka memberi, mereka berlagak memberi kerana hendak menerima. Berkepentingan. Mereka menerima dalam erti kata yang ada mementingkan diri mereka sahaja. Walhal mereka yang memberi benar benar dalam erti perkhidmatan yang tulus dan ikhlas.
Allah Yang Maha Besar. Dialah Yang Memberi. Dan Allah Yang Memberi kepada mereka yang Banyak memberi. Allah juga memberi kepada mereka yang hanya mengenal erti hidup dalam konteks penerimaan. Yang memberi pun tidak terkecuali dari kebijaksanaan begitu juga kepada yang menerima juga tidak terkecuali dari kebijaksanaan. Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara yang memberi dengan mereka yang memberi kerana hendak menerima? Allah lebih mengetahui sama ada mereka adalah tergolong dari mereka yang benar benar memberi dengan mereka yang tergolong dari mereka yang hanya fasih menerima. Sesungguhnya adakah peningkatan darjat itu diukur dari banyak memberi? Hanya kepada Allah saya memohon pertolongan.
Allah Yang Maha Besar. Dialah Yang Memberi. Dan Allah Yang Memberi kepada mereka yang Banyak memberi. Allah juga memberi kepada mereka yang hanya mengenal erti hidup dalam konteks penerimaan. Yang memberi pun tidak terkecuali dari kebijaksanaan begitu juga kepada yang menerima juga tidak terkecuali dari kebijaksanaan. Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara yang memberi dengan mereka yang memberi kerana hendak menerima? Allah lebih mengetahui sama ada mereka adalah tergolong dari mereka yang benar benar memberi dengan mereka yang tergolong dari mereka yang hanya fasih menerima. Sesungguhnya adakah peningkatan darjat itu diukur dari banyak memberi? Hanya kepada Allah saya memohon pertolongan.
Monday, August 8, 2011
Memberi...
Adakah iman saya dirasakan tidak stabil? Dan mengapa adakala ianya tidak stabil? Keyakinan yang paling tinggi darjatnya adalah kepercayaan kepada kewujudan Allah Subahanawataala. Adakah anda yakin? Saudara dicipta yang mana kemungkinannya mungkin tidak. Tetapi anda telah tercipta. Saudara memperoleh nyawa, roh, dan anggota badan luar dalam yang membolehkah anda bergerak dan berfikir. Tidakkah anda sedar ada sesuatu yang memberi semua ini. Dan Yang Memberi adalah Yang Paling Berkuasa. Mencontohi itu adakah hidup anda penuh dengan memberi? Berilah sehingga peringkat di mana anda merasa takut akan kehabisan tenaga, masa, dan harta anda. Dan tatkala itu juga anda boleh merasai keindahan perasaan dimana roh akan terpisah dari jasad. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui dari Yang Mengetahui. Dia yang mencipta dan Dia lah Yang Memberi. Hamba Memohon Keampunan Dari Mu Ya Allah.
Sunday, August 7, 2011
ujian..
Ujian..Selagi kita bernafas, selagi itu ujian dari Allah akan menjengah kita dalam berbagai rupa dan bentuk, berbagai perasaan, dalam tingkatan akal dan ilmu yang berbeza, dan dalam situasi yang tak dijangka kehadirannya. Hari ini ujian itu menjengah hidup saya. Saya memohon perlindungan dari Mu Ya Allah.
Saturday, August 6, 2011
Janji dan hari ini...
Hari ini mungkin kekosongan. Hari ini tidak menjanjikan apa apa melainkan janji sebelum ini terhadap hari yang akan dilalui pada hari ini....Adakah saudara telah berjanji? Sesungguhnya Allah telah memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada yang berusaha dan berjanji kebaikan untuk menuju ke hari ini.
Friday, August 5, 2011
a perfect 10...
Thought it is going to be easy. Many says there is no such thing as perfect. But many yearns for a `something' to be perfect. The variables are too many to be considered in order to come up with a confidence in saying a `perfect ten'. Well, whatever it is `perfection' is multi dimensional. Am I now at a point in life a `perfect 10'? Allah is Great. No numbers can match the Greatness of Allah.
Thursday, August 4, 2011
lightning strikes...given a perfect environmental factors...
An opportunity that seldom comes...just like when a lightning strikes at a big tree... Not something that can be easily prised open, but it opens up just by itself..given the perfect environment...it has become a truly an opportunity..Allah Yang Maha Besar. Dengan ilmu ditingkatkan darjat individu dan bangsa itu.
Wednesday, August 3, 2011
Musuh..dimana kau bersembunyi..?
Tidak disangka kawan jadi lawan. Tidak semena mena harimau datang menerkam. Tidak di jangka sesingkat ini persahabatan mereka. Harapkan pagar, pagar makan padi....Begitu antara ungkapan kata kata yang menggambarkan `musuh' dalam berbagai rupa. Bayangkan sesama berselimut satu hari nati menjadi musuh!! Itulah dikatakan musuh dalam selimut!! Hanya dengan ilmu dan pertolongan dari Allah kita dapat mengenalnya disamping terlindung dari perkara perkara yang mungkar. InsyaAllah.
Tuesday, August 2, 2011
much, many, and more than one...
That makes each and everyone of us a different and unique person. It all depends on how we perceive life in terms of numbers. Allah is Great. Allah is One. Allah creates the much, the many, and everything seems to be more than one. Some might be confused to a point when he just expressed, I don't know what I am doing any more. I am just sick of everything. Are you? Know everything but succumbed to the One and the Greatest, and the Powerful, Allah Yang Maha Berkuasa.
Monday, August 1, 2011
Kehidupan penuh dengan perantaraan...
Perantaraan terdiri dari sekecil kecil benda dan sebesar besar benda. Ada yang hak dan ada yang bathil. Ada yang sangat jelas dan ada yang tidak. Kita semua tercipta dengan kuasa kuasa yang jelas, tersendiri, dan ada kuasa tidak diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya melainkan melalui perantaraan pengalaman. Dan ada tidak terjelas sehingga kita semua mengalami proses kematian. Bulan puasa adalah merupakan aktiviti yang mana sifat perantaraan itu akan terlihat dengan jelas. Keseronokan yang mana lazimnya berlaku di bulan-bulan bukan puasa ditarik balik dengan perantaraan berpuasa. Dan kita menerima kesan dengan pantas dan cepat sekali. Soalan yang lazim di tanya adakah puasa merupakan suruhan Allah terus dariNya tanpa perantaraan seperti ibu bapa dan guru yang merupakan perantaraan sebagai pendidiki? Sesungguhnya perhubungan dengan Allah pada bulan puasa adalah terus dan tidak ada perantaraan yang boleh menggantikan kelaparan dengan individu lain yang berpuasa. Allah Yang Maha Besar lagi Berkuasa Ke atas Segalanya.
Selamat berpuasa.
Selamat berpuasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)