Saturday, August 13, 2011

Team work...

Banyak kesimpulan yang boleh dibuat dari istilah `team-work' ini. Adakah saya merupakan seorang team player yang baik? Team-work dan team player merupakan dimensi rumah pemikiran yang sama tetapi kedapatan perbezaan yang ketara antara semangat dan buat. Dari sudut sudut tertentu saya adalah merupakan a good team player. How? Dalam konteks negara (wadah yang lebih besar) saya berperanan sebagai rakyat yang menggambar seorang tekun melakukan tugas secara diam memanfaatkan orang lain. Tetapi sebaliknya jika dilihat dalam konteks organisasi seperti organisasi tempat saya berkerja. Tak tahulah mengapa saya tidak sangat menyertai apa apa program dan aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi saya. Tetapi apakah dengan bersikap demikian saya merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab? Tidak juga kan? Team work untuk output yang terdekat tetapi saya lebih kepada output yang tidak nampak dalam jangka pendek.Tetapi apabila dilihat dalam jangka panjang, saya akan lebih berperanan dan bermakna. Perbuatan saya cuts across all dimensions of existence. Lantas peranan saya lebih merupakan pasif, tidak senang terlihat, ternampak, dan terasa. Jika saya berdekatan, saya mungkin dianggap seorang yang gagal. Tetapi jika berjauhan, maka saya mungkin dianggap seorang yang berjaya. Allah is Great, the Creator of everything, short-term and long-term all well in the Allah's Grand Design.

No comments: