Rupa rupanya selama ini aku tidak dapat memisahkan pengertian mereka yang sememangnya memberi dengan mereka yang selalu dan hanya pandai menerima. Dalam kuliah semalam, saya telah mempamerkan maksud diatas. Saya ada berkata jangan takut bercakap meluahkan apa yang terpendam dihati. Tetapi ramai yang tidak. Secara gurauan saya mentafsirkan bahawa yang berani itu adalah mereka yang benar benar berpuasa. Dan mereka yang tidak berani itu adalah mereka yang tidak berpuasa. Senangnya saya mentafsirkan mereka yang berpuasa dengan cara begitu. Betul kah saya? Di fikirkan balik, apa yang selalu saya buat adalah memberi. Hidup saya penuh dengan memberi. Cara saya bercakap, isinya, ketepatan masa saya, pemurah saya, semua menggambarkan bahawa saya adalah seorang yang memberi. Tengoklah sahaja dengan apa yang saya tulis, walaupun ramai yang tidak mempedulikannya, saya tetap menulis. Saya seorang yang memberi. Namun ramai di luar sana adalah terdiri dari mereka yang sudah ariff dan bijak mengurus dalam soal menerima.Walaupun pada mata kasar mereka memberi, mereka berlagak memberi kerana hendak menerima. Berkepentingan. Mereka menerima dalam erti kata yang ada mementingkan diri mereka sahaja. Walhal mereka yang memberi benar benar dalam erti perkhidmatan yang tulus dan ikhlas.
Allah Yang Maha Besar. Dialah Yang Memberi. Dan Allah Yang Memberi kepada mereka yang Banyak memberi. Allah juga memberi kepada mereka yang hanya mengenal erti hidup dalam konteks penerimaan. Yang memberi pun tidak terkecuali dari kebijaksanaan begitu juga kepada yang menerima juga tidak terkecuali dari kebijaksanaan. Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara yang memberi dengan mereka yang memberi kerana hendak menerima? Allah lebih mengetahui sama ada mereka adalah tergolong dari mereka yang benar benar memberi dengan mereka yang tergolong dari mereka yang hanya fasih menerima. Sesungguhnya adakah peningkatan darjat itu diukur dari banyak memberi? Hanya kepada Allah saya memohon pertolongan.
2 comments:
sir mmg dah byk memberi ilmu kpd kami..terima kasih banyak2 sy ucap kn walaupun mungkin sy kelihatan tdk brpa serius di dalam kls sir..tp sy still fokus..maaf jika ada mengguris hati sir slme ni..
marliana acc1105e
Post a Comment