Perantaraan terdiri dari sekecil kecil benda dan sebesar besar benda. Ada yang hak dan ada yang bathil. Ada yang sangat jelas dan ada yang tidak. Kita semua tercipta dengan kuasa kuasa yang jelas, tersendiri, dan ada kuasa tidak diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya melainkan melalui perantaraan pengalaman. Dan ada tidak terjelas sehingga kita semua mengalami proses kematian. Bulan puasa adalah merupakan aktiviti yang mana sifat perantaraan itu akan terlihat dengan jelas. Keseronokan yang mana lazimnya berlaku di bulan-bulan bukan puasa ditarik balik dengan perantaraan berpuasa. Dan kita menerima kesan dengan pantas dan cepat sekali. Soalan yang lazim di tanya adakah puasa merupakan suruhan Allah terus dariNya tanpa perantaraan seperti ibu bapa dan guru yang merupakan perantaraan sebagai pendidiki? Sesungguhnya perhubungan dengan Allah pada bulan puasa adalah terus dan tidak ada perantaraan yang boleh menggantikan kelaparan dengan individu lain yang berpuasa. Allah Yang Maha Besar lagi Berkuasa Ke atas Segalanya.
Selamat berpuasa.
No comments:
Post a Comment