Sunday, August 28, 2011

Dulu ada aku belajar `anthropology'..

Antara pesanan dan pengajaran dari kursus ini, orang dan kelompok masyarakat yang mudah sangat putus asa, mudah sangat melupakan seseorang kenalan, mudah sangat menyakiti orang lain, mudah sangat berperang, mudah sangat membeli di luar batasan keperluan, mudah sangat tergoda dengan kecantikan, mudah dan dengan kejamnya hanya menerima tetapi tidak memberi dan berkongsi, adalah terdiri dari mereka yang cepat pupus..Tengoklah sejarah Mayans di Mexico, hilang lesap entah kemana..hanya meninggalkan serpihan tulang, tengkorak, rangka dan serpihan pinggan mangkok, serpihan batu dari istana dan bangunan yang telah didirikan dengan perasaan gah dan sombong.Gagah tetapi mudah...MasyaAllah. Islam pula mengajar kita bahawa kalau kita mudah memaafkan akan apa kesilapan orang lain terhadap kita, maka kita akan diberi pahala dan hidup kita lebih aman dan tenteram. Hanya Allah Sahaja Yang Kekal...

No comments: