Saturday, August 25, 2012

ada tempat kita mengalah...

Ada yang tidak suka dikalahkan. Aku mesti menang. Masa muda muda dulu bolehlah kata begitu. Atau masa budak budak ada nak menang je. Wajib, sunat, harus, dan makruh.. Erti mengalah sebenarnya ada  dalam pengertian ke-empat empat perkara tersebut. Ajaran Islam ada ditentukan di mana kita boleh mengalah dan di mana wajib dilakukan. Contohnya, ada yang mengalah dengan tidur di pagi hari. Islam mewajibkan umatnya bersembahyang subuh dan tidak ada kompromi dalam hal tersebut. Berdosa jika kita mengambil jalah mudah dan terus tidur tanpa mempedulikan seruan Allah. Telah di tentukan bahawa umat Islam tidak boleh mengalah dalam soal solat. Ianya bukan soal budak, bukan soal muda dan bukan soal tua. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui kedudukan segala-galanya. Allahuakbar.

No comments: