Tuesday, August 21, 2012

melawan arus...

Peredaran masa kena dilalui.Tidak ada sesiapa pun yang terkecuali. Ya Allah, lepaskan dan selamatkan kami dari arus kepada sesuatu perbuatan dan pandangan yang merugikan. Justeru itu, ditakuti adalah barang dan perkhidmatan yang terjelma dan diterima hasil dari  pandangan dan perbuatan tersebut. Nilai murni kehidupan seorang Islam yang sepatutnya menjadi premis kepada lahir dan mati seseorang dan sesuatu, tidak lagi merupakan arus perdana kepada mereka. Apa yang terjadi adalah kehanyutan mereka dalam perbuatan dan pandangan dan akhirnya membawa kecelakaan kepada diri dan masyarakat baik kepada yang dekat  dan juga orang yang jauh. Biarlah diri ini, Ya Allah, di aruskan dan diuruskan mengikut amalan yang dikehendaiki oleh MU Ya Allah. Semoga segalanya adalah dalam barakah MU Ya Allah. Allahuakbar.

No comments: