Di jengok dan bertanya, mengapa kita lakukan apa yang dilakukan? Jawapan yang nampaknya tidak menyekat adalah `terkini dan menghala ke hari esok'. Atau `kerana `hari ini dan begerak ke hari esok'. Tidak nampak `kerana ilmu dan pengetahuan', dan tidak nampak 'kerana kesejahteraan masyarakat dan ummah', Tidak nampak juga kerana Allah. Umumnya manusia sangat mementingkan diri dalam tindak tanduk dan keputusan mereka. Itu merupakan paksi keramat kepada setiap orang. Tetapi saya masih tidak berani mengungkapkan pandangan sedemikian kerana ada benda dan perkara yang menyekat. Persoalan sosial,budaya, politik dan lain lain kena diambil kira. Di sinilah membuat manusia tidak berjalan dan berfikiran lurus. Dalam banyak hal, perbincangan, perancangan, dan pelaksanaan, akan di bina dan di kupas dalam konteks ketidak lurusan itu. MasyaAllah. Ampunilah akan dosa hamba. Hamba memohon pertolongan dan perlindungan dariMU, ya Allah. Allahuakbar.
Nota: diri sendiri boleh dilebarkan definisinya kepada ahli famili dan juga sanak saudara yang terdekat.
No comments:
Post a Comment