Friday, February 8, 2013

di kepung....

Meninggal dalam usia 46 tahun. Al-Fatihah.
Aku tidak boleh berdalih lagi. Segala-galanya boleh dilihat  dari segi ketutupan dan keterbukaan. Terpulang kepada saya untuk memilihnya. Walaupun mereka pada mulanya agak serius dengan tujuan yang diwarisi dan mungkin disebabkan faktor umur, pendedahan, dan pengalaman,  sedikit demi sedikit saya  membawa mereka ke dalam dunia penuh keterbukaan. Air muka dan wajah yang tadi masam, marah, dan tidak meriah, akhirnya dengan spontan tersenyum menandakan kepuasan disebabkan keindahan fikiran dan pemikiran yang dapat meletakkan mereka dalam keadaan yang tidak perlu serius lagi. 

Secara firasat, terdengar mereka berkata bahawa selama ini mereka terkepung dengan sikap pewaris yang jumud dan batil. Tetapi hari ini, mereka tidak lagi begitu. 

Tujuan saya adalah menyedarkan mereka bahawa soal terbuka dan tertutup boleh dijadikan paksi kepada segala-galanya. Dengan itu, kita dapat melihat sesuatu betul pada hidup dan nazaknya. Wallahualam. 

Allahuakabar.

No comments: