Allah Yang Maha Pengasih. Allah Yang Maha Penyayang. Allah Yang memberi Petunjuk dan Hidayah. Persoalanya, adakah kita menyedari dengan jelas apa yang pada satu ketika dulu hanya bayangan dan sekarang telah menjadi kenyataan? Cukup banyak. Adakah kita bersyukur dengan apa yang telah diberikan?
Hutan belantara telah menjadi bandar dengan penuh kemudahan dan laluan maya dan fizikal. Di siang hari kita boleh melakukan sesuatu dan malam boleh rehat dan boleh bermimpi. Hidup bermasyarakat dan bersosial dan beriadah. Permasalahan dan persoalan, berat dan ringan tidak berkubur begitu sahaja.
Dengan adanya institusi pelajaran, rahsia otak diselongkar bagi penyelesaian kepada permasalahan dan persoalan yang dihadapi. Jauh boleh didekatkan. Tinggi dapat direndahkan. Berat dapat diringankan. Warna dapat dicorakkan. Bayangan dapat menjadi kenyataan. Adakah itu semua hasilan petunjuk dan hidayah dari Allah Yang Maha berkuasa ke atas Segala-galnya? Hamba Mu memohon keampunan. Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment