Thursday, February 7, 2013

Persada dan Parameter...

Persada perbuatan dan pemikiran tidak menjurus kepada kesempitan diri sendiri tetapi kepada perluasan yang merangkum  perkara lain, orang lain, dan masyarakat sejagat. Persada perbuatan dan pemikiran pelajar hendaklah diperkembangkan kepada perkara sebanyak mungkin semasa mereka berada di sesebuah pengajian tinggi sejajar dengan kemudahan yang disediakan dan mungkin tidak disediakan. Inisiatif dan kreatif terpulang kepada pelajar.  Selain library, asrama, dan kuliah, penerokaan hendaklah dilakukan kepada benda yang baru dan belum pernah dilaku dan difikirkan sebelum ini.

Peranan pensyarah hanya sekadar untuk menyedarkan parameter dan persada ini. Jika  dianalisa, umumnya persada  mereka tidak meluas sebagaimana patut dan perlu. Boleh dibilang dengan jari akan kehadiran dan kunjungan pelajar di pejabat saya bagi membincangkan sesuatu apa lagi hal bersabitan ilmu dan ilmiah.  Peranan saya menyedarkan mereka persada yang merangkum serba serbi itu.  Terpulanglah kepada mereka memanfaatkan itu semua.  

Sebagai bandingan, persada makanan dan minuman amat banyak dan berbagai. Terpulanglah kepada pembeli untuk memilih yang memanfaatkan. Adakah itu berlaku? 

Allahuakbar.

No comments: