Itu pun kalau pilihan masih ada. Manusia tidak menyedari pilihan yang diperuntukkan bagi segala-galanya adalah berlandaskan kepada hanya dua perkara yang pokok. Kerana tidak menyedari ciri perkongsiannya, maka berlakulah sifat bongkak, riak dan takbur, seolah-olah pilihan yang mana mereka lalui adalah lebih spesial dari orang lain. Sesungguhnya, Allah Yang Maha Berkuasa Ke atas Segal-Galanya.
Terciptanya manusia dan terciptanya dua pilihan, malam dan siang. Adakah pecahan lain dari malam dan siang? Adakah pecahan lain diantara berpengetahuan dan yang tidak? Carilah rahsia kehidupan dalam konteks pecahan hidup dan mati. Adakah kamu miskin atau kaya? Adakah kamu boleh atau tidak? Mengapa masih lagi teragak-agak dan tertunggu tunggu? Pilihlah antara dua, hendak pandai atau tidak? Mohonlah keampunan dari Allah dan mohonlah pilihan jalan yang lurus. Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment