Wednesday, May 14, 2014

kesedihan...

Aku ingat aku ini susah hendak sedih. Entah mengapa hari ini, segala aktiviti yang dilakukan telah membawa kepada alunan kisah kisah lampau. Itu membuat aku sedih. Mungkin sedih kerana inilah kehidupan yang telah terbentang untuk aku. Tidak ada pilihan. Cuma satu laluan. Dan sekarang umur aku tidak mengizinkan lagi aku memilih. Apa yang terbentang, itulah kehidupan aku yang tidak tahu bila berakhirnya. Walaupun begitu dan begini, tetap mengucapkan kesyukuran kepada Allah yang Esa. Allahuakbar.

No comments: