Saya mengajar ilmu pemasaran atau dalam Inggerisnya Marketing. Dua benda yang boleh memudahkan memahami ilmu ini. Pertama memahami konsep `ulang dan wang' dan kedua konsep `arus perdana.' Ada pelajar menyindir `apa bendanya kedua-dua benda tu?' Konsep `ulang dan wang' merupakan tonggak asas terwujudnya pasaran sesuatu produk dan kejanamaannya. A bad experience in buying a product would result in no second chance for the product. Kata orang Melayu kita, taubat tak nak beli dah barang tu. Kita mengulangi membeli sesuatu barang kerana elemen kesronokan yang terdapat pada barang tersebut. Dan Maha Besar Allah yang menjadikan keseronokan yang tidak boleh disimpan. Untuk merasai keseronokan satu satu rasa itu kembali, kita kena pergi balik ke tempat tersebut dan kena beli barang yang akan dapat memberi rasa keseronokan itu. Dalam istilah Inggerisnya dan pemasarannya ianya adalah `repeat purchase.' Dengan adanya `repeat purchase' maka terpautlah hati pengguna dengan perkhidmatan atau barang tersebut buat beberapa lama sehinggaa...
Apa pula konsep `arus perdana'? Sesuatu jenama kerana usaha demi usaha akhirnya akan terukir auranya yang tersendiri dalam kelasnya. Dan oleh kerana aura tersebut maka bermainlah di bibir pembeli bahwa jenama tersebut adalah baik ini dan baik itu. Apabila semua orang mengatakan baik atas sebab tertentu, maka `arus perdana' persepsi itu atau imej barang tersebut akan memudahkan ingatan dan memberi keyakinan yang tidak berbelah kepada pengguna untuk merasai keseronokan untuk pertama kali tanpa takut akan tidak terjadinya apa yang diharap. Maklumlah harga barang itu tidaklah murah. Persoalannya adakah konsep ini membawa keburukan atau kebaikan?
bersambung...
1 comment:
Sdr tualang3,
baik atau tidak "arus perdana" harus dilihat dari persepsi marketer and the buyer.. of course, dari sudut marketer,itulah yang diinginkan.. namun, sebagai buyer, one must be wise enough to make a calculated judgement in deciding whether the product is worth enough to be spend on..
Post a Comment