Wednesday, April 8, 2009

Mereka di situ tetapi di mana mereka..?



Mereka masih lagi berkhayal, mereka masih lagi berpura-pura, mereka masih lagi berprotokol, hanya mereka di muka depan di akhbar nasional, merekalah yang dekat dengan kaca dan kamera TV tapi masih jauh dengan masalah rakyat yang sebenarnya. Sebelum dan selepas mereka masih lagi beretorika dan menyanyikan lagu patriotik yang sudah ketinggalan zaman. Justeru mereka bertanya di mana silapnya mereka? Silapnya mereka adalah tidak mengenal jalan yang lurus yang hendak dituju tetapi hanya memahami jenis kereta yang mereka pandu.

3 comments:

HambaMaya said...

silapnya mereka masih lagi tidak hiraukan rakyat yang inginkan satu kepemimpinan yang bersih dan tulus.. bukannya yang hanya tahu bertempik mempertahankan apa yang akan dipertahankan oleh rakyat sendiri untuk mereka, andai mereka jujur membimbing rakyat!! bosan betul dengan ungkapan "akar umbi diutamakan dahulu"..sedangkan bagi mereka akar umbi itu berpusat dari mereka..

Zulazri Kamarul said...

silapnya menjual keris kepada golongan pemuda melayu..
mereka sudah tidak mahu keris!
ape mereka peduli tentang keris?
ubah lah pendekatan lapuk tue kalau mahu terus bersaing.

HambaMaya said...

Tidak salah menjual keris kerana itulah tradisinya.. tapi terangkan makna dan falsafah disebalik keris biar mereka mengerti dan menghargai apa di sebalik keris.. beside, keris hanyalah keris bagi mereka yang tak faham..