Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Sunday, April 12, 2009
Mengajak dan Memujuk... Sunday persuasion
Memujuk dalam bahasa Inggeris adalah memberi pengertian `persuasion.' Mengajak memberi pengertian `asking' atau sekadar memohon dan meminta. Banyak terdengar ucapan dari pemimpin kita yang mengajak kita ke arah jalan yang benar dan melakukan sesuatu dan memenuhi kehendak aspirasi rakyat. Hanya sekadar mengajak tidak lebih dari itu. Adakah kita dengan rela hati mengikut sahaja ajakan tersebut? Proses komunikasi menekankan kaedah cara saluran ajakan itu dibuat dan bergantung kepada mesej yang hendak di sampai. Mungkin kalau mengajak ayam makan dengan hanya sekadar menabur beras maka ayam pun datanglah tanpa berfikir pun. Tapi manusia lain sikit. Mereka mempunyai berbagai latar belakang dan cara fikir dan dalam kebanyakan hal berpusat kepada kepentingan diri atau kelompok mereka selesa bergaul. Di sini terbitnya perkataan memujuk. Memujuk bererti menyerap masuk ke alam pemikiran sasaran dan menggunakan kaedah cara yang bersesuaian dengan kelompok atau indvidu tersebut. Di sini lemahnya orang Melayu kita dan pemimpin politik khususnya. Mereka tidak memujuk tetapi hanya sekadar mengajak. Adakah anda terdiri dari seorang yang hanya mengajak? Maka jengok jengok lah ilmu yang ada kaitan dengan kaedah cara memujuk. Pasti anda merasa keseronokannya apabila terbukti berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
prof...kalau kami pujuk prof belanja kami makan lagi, prof nak tak... hehehe =)
prof.. I think its time 4 you to go out there and give them a taste of your 'Fundamental of Marketing'.. hehehe
Post a Comment