Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Tuesday, June 23, 2009
Kenapa dan mengapa?
Long time overdue. Terpaksa difikirkan. Tidak kira dan mengira lagi dalam hidup ini. Terpaksa segalanya dibuat kiraan. Tidak perhati dan memerhati lagi dalam hidup ini. Terpaksa membuat pengamatan dan perhatian untuk perjalanan ke destinasi seterusnya. Ingatan. Ada yang terpahat dan ada yang terpaku. Ada yang jelas dan ada yang kabur. Ada yang diterima dengan baik dan ada yang terpaksa melangkah pergi buat seketika. Kalau tidak dicari atau terserempak, ada yang pergi buat selama lamanya. Semangat juga berpaling dan berpusing. Ada yang terlentang dan tertiarap. Terpaksa dicari semangatnya, kenapa dan mengapa. Datangnya dan perginya. Lumrah kejadian. Ada yang bersemangat dan ada yang tidak. Jangan ditanya kenapa dan mengapa. Jika mereka berbicara dengan baik, aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu kedamaian dalam hidup. Tapi ada ingatan yang langsung tidak diundang, terus menerjah dan cuba menikam. Sekali lagi dicari semangatnya mengapa dan kenapa? Awas dan berwaspada terhadap semangat yang datang dalam keadaan yang menerpa. Keikhlasan mereka hanya mengukur diri mereka sendiri. Mesti diragui buat seketika. Kenapa dan mengapa. Lumrah bagi saya dan juga sesiapa. Kenapa dan mengapa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment