Apa dah jadi? Perkataan begini hanya sekadar `expression' kepada ramai orang. Ianya tidak berpegang kepada premis nilai yang akan terbina tamaddun bangsa yang boleh dibanggakan. Sensitiviti manusia adalah bertunjang kepada keselesaan diri sendiri. Dalam banyak keadaan ia memerlukan pertolongan orang lain dalam bentuk rekaan sains yang sudah tercipta seperti kereta, rumah dan lain lain keperluan harian. Yang lainnya ia mencakup perkara yang patut dilakukan sendiri atau dibiarkan berlaku. Kedua-duanya memerlukan pengorbanan. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya iaitu meminta izin bukan pada masa dan tempatnya. Pada saya meminta izin begini mesti didahului dengan perbincangan yang boleh menampakkan rasionalnya kelulusan yang di pinta dan yang diberi. Tetapi dalam banyak keadaan ianya merupakan `paksaan' dek kerana kepentingan diri tadi.
Saya telah mengajar kian lama di menara gading. 98.9 peratus pelajar yang meminta izin untuk sesuatu telah mengandaikan ianya mesti diluluskan. Mereka tidak diajar atau dilatih dengan mengadakan perbincangan sebelum keizinan diberikan. Lantas pensyarah yang selalu mengatakan TIDAK dan TAK BOLEH akan dilabel dengan label yang tidak enak didengar.
Jika direnung dari pengalaman saya, meminta izin tidaklah menjadi kebiasaan kepada saya. Ini kerana tidak ada apa hendak dimintak izinkan atau bergantung kepada orang lain dalam erti kata yang 98.9 peratus tadi. Kita sebenarnya dijadikan dengan penuh kekuatan untuk memikir dan melakukan sesuatu. Dan jika ianya difikir dari sudut kesejahteraan ummah, maka akan terasa bertambahnya kekuatan itu. Pada pengamatan saya, mereka yang sangat mudah meminta izin (dan meminta yang bukan bukan) dalam konteks 98.9 peratus tadi adalah seorang yang lemah berbicara dan sangat berkepentingan dan suka memperdayakan orang lain. Dan dalam banyak keadaan pula selalunya orang begini akan melukai hati orang yang memberi dan memberi keizinan tadi. Ini kerana ianya adalah seperti melepaskan anjing tersepit di pagar!
Saya tidak hendak berbicara panjang. Sesungguhnya Allah Yang Maha Besar lagi Mengetahui akan Segala Rahsia KejadianNya.
1 comment:
mereka yang meminta nih, biasanya takkan terfikir implikasinya pada orang lain.. tapi, kadang-kadang, perlu juga "meminta" dari "minta izin"..
Post a Comment