Saturday, June 27, 2009

Kesombongan yang berterbangan...

Pada mulanya ada aku memberitahu pada diri ku, buat apa nak tulis perkara perkara begini. Bukankah itu sudah lumrah alam? Kalau dilihat dari satu sudut tertentu memang benar apa yang dikatakan itu. Tapi jika ditengok dari satu sudut lain, penduduk bumi sudah melampau dalam perbuatan mereka. Tidak semua. Saya akui tidak semua. Tetapi menyampah juga kepada yang penyibuk. Maksud saya begini. Dalam dua hari ini tak lekang di kaca TV takde cerita lain selain dari cerita `Raja Pop' Michael Jackson yang sudah pun mengakhiri hidup pergi ke alam mati. Sebenarnya, dari sudut komersial, perginya Michael Jackson, apa lagi dalam keadaan begitu, akan membawa keuntungan yang tidak terkira banyaknya kepada banyak peniaga. Baru sebentar tadi terbaca headline berita ini, "Jackson may be 'worth more dead than alive'." Transaksi perniagaan dalam segala hal akan berlaku setiap minit dan setiap saat. Cerita lama lama akan dirongkai. Dulu tak tengok, sekarang hendak tengok. Dulu tidak membeli, sekarang akan terbeli. Bukan seorang. Malah berjuta-juta! Tanya sahaja TVstesen di Malaysia, TV3, RTM, Astro, Awani, Bernama dan lain-lain media, berapa banyak duit kena bayar kepada pedagang berita dari luar negara kerana hendak menyiarkan berita kematian Michael Jackson ini? Cerita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki semuanya kena bayar. Mana ada free? Nah semua itu duit kan? Marah? Dunia sememangnya telah dikuasa dan ditindas oleh orang orang yang kaya. Mereka mengambil kesempatan. `At first opportunity, strikes..'

Tapi beri keadilanlah sikit kepada pembinaan dan pembentukan nilai yang lebih memanfaatkan dunia. Apabila berlakunya ketempangan liputan sebegini, tidakkah itu dinamakan kesombongan yang amat besar dan sangat memberhaya. Nampaknya sudah lumrah kesombongan seperti ini, sangat berleluasa dan bermaharajalela sehingga kelakuan dan perbuatan begini telah menguasai tempat aku bekjerja. Manusia nampaknya telah hilang pedoman atas semua perkara. Betul kah? Tidak tahu lagi balik ke pangkal jalan.....

2 comments:

Zulazri Kamarul said...

everything is business
nothing personal!
=)

HambaMaya said...

aiseh robert.. godfather la pulak..