Saturday, January 30, 2010

Ingat sebelum kena..

Ramai yang lebih tak beringat dari beringat. Tapi apa yang perlu diingat kalau belum cuba lagi. Dalam semangat yang sama, kereta baru kalau tak di cuba mana kita boleh ingat kereta tersebut. Apa yang saya hendak sampaikan kita orang Melayu banyak sangat benda benda yang berupa nasihat bertentangan dengan semangat nak maju. Kecik kecik dulu selalu kita main dengan api. Tapi bila dah terbakar baju barulah kita mula beringat yang mana kecil kecil jadi kawan besar besar jadi lawan. Hidup pula tak begitu. Bila dah jadi orang besar banyaklah kawan. Kalau dalam kontek perniagaan pula, bila kecil ramai yang tak hendak berkawan, nak membankruptkan ramai. bila dah jadi besar, dah jadi syarikat Berhad, barulah semua orang nak berkawan. Jadi hidup ini adalah perjuangan kan? Kawan lawan ini perkara lumrah. Jatuh bangun perniagaan pun lumrah. Pokoknya ambil itibar dari sebarang perkara yang sudah berlaku kepada diri kita, tak kiralah benda itu baik atau tidak. Kalau dah kena dan terkena lagi, itu dinamakan melampaulah pulak. Kata orang putih `once beaten, twice shy.' Makna nya elakkkan diri dari terkena benda yang tidak baik dua kali. Itulah semangat ingat sebelum kena. Maknanya ingat sebelum terkena dua kali...kan, kan..?

No comments: