Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Monday, February 6, 2012
aku sendiri takut membuka pintu itu...
Banyak sebab mengapa aku selama ini bersikap `low profile' dalam banyak perkara. Satu daripada sebabnya aku tidak suka mengundang kontroversi dengan mereka yang masih tidak mengenal saya dan mengenal sesuatu. Dengan lain perkataan dalam banyak perkara masih ramai tidak memahami apa lagi mengenalinya. Apakah masih ramai tidak mengenali aku? Tetapi sampai bila aku mesti bersikap `low profile' sedangkan mereka dengan `angkuhnya' telah menyatakan pendirian yang berupa `gendang perang'. Apa masih lagi aku bersikap dingin kerana menjaga hati atau menjaga nyawa seseorang. Biarlah kita bertarung nyawa kerana ada perkara sensitif telah dicerobohi. Persahabatan yang sebenarnya berupa usaha menjaga `nyawa' sesorang dari dipancung oleh musuh yang sangat kejam sifatnya. Perlukah lagi kita berdiam diri? Islam tidak akan berkembang jika sikap pemimpin Islam terdahulu sangat mengamalkan sikap toleransi yang mungkin terkeluar dari batasan yang dikehendaki oleh ajaran Islam. Sebagai orang Islam kita mesti pandai membezakan antara `menjaga hati' dan juga perlu `menjaga nyawa' apabila tepat pada masanya. Mungkin sukar hendak difahami apa yang hendak disampaikan pagi ini. Hanya kepada Allah saya memohon keampunan jika apa saya tuliskan ini ada kesilapan di sana sini jika dilihat dari sudut tertentu, samaada lahiriahnya atau batiniahnya. Sesungguhnya Kebenaran sebenarnya adalah MilikMU ya Allah. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment