Wednesday, February 29, 2012

Saya selalu mengatakan..tetapi...

Mengapa saya melupai apa yang saya telah lalui dan sudahpun memberi rumusan kepada sesuatu? Dan semalam ianya seakan akan membayangi apa telah dilakukan sebelum ini. Ingatlah, satu satu perbuatan itu adalah diukur dari rasa yang mengikuti perbuatan tersebut. Ada tiga rasa. Sebelum, sedang, dan sesudah. Saya merasa satu macam kegelisahan sebelum ianya hendak dilakukan. Dan saya menyedari nya. Lantas saya pun tidak melakukan perkara yang dirasa bersalah itu. Dan kerana nya saya bersyukur. Memetik dari blog kawan yang berbunyi begini:

Hadis sahih Muslim ini memberi jawapan yang sangat tepat.

An-Nawwas bin Sam’an Al Anshari berkata; “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang makna kebajikan dan dosa.

Baginda bersabda: “Kebajikan itu ialah akhlak yang baik. Sedangkan dosa ialah sesuatu [perbuatan dan seumpamanya] yang menyebabkan kegelisahan dada, dan engkau sendiri benci jika perbuatanmu itu diketahui orang lain”.

Allahuakbar.

No comments: