Wednesday, February 22, 2012

ilmu.....

Adakah itu yang aku lakukan? Adakah itu yang aku katakan? Tidak dirasa sehebat mana, ianya tidak pernah ternampak tinggi dan terasa hebat, apa lagi terasa kuat. Kehebatan kesan nya  tidak terasa sangat. Di mana dan kemana, tidak pernah terasa ianya bergerak sehingga berupaya menembusi masa dan menembusi awan. Apa lagi menembusi kepala yang mendengar. Mengapa pergerakan yang di rasa hanya satu hala dan jauh sekali dari merasainya dalam konteks kehebatannya? Lantas tidak kesedaran sangat apa yang terkeluar dan apa yang terkata dan dikata. Kerana apa? Ianya tetap kecil dan tetap satu hala.Tidak kemana sifatnya. Tidak terasa di mana diberi kesanya. Kemungkinan ianya memakan diri sendiri. Itulah yang sering dirasa. Di sinilah aku melutut menyembah dan terkeluarlah kata Allah Yang Maha Mengetahui akan kehebatan  pada segala sesuatu. Manusia tidak memegang jawapan kepada kejadiannya. Tidak memegang jawapan kepada apa yang diperolehinya. Allah Yang Maha Besar dan kesemuanya adalah dalam ketentuanNya. Perlukah ianya di soal? Bacalah. Allahuakbar.

No comments: