Thursday, February 9, 2012

tugas...

kehidupan, tidak kira apa yang sedang dibuat,  keseluruhannya adalah merupakan tugas yang hanya berakhir dengan kematian.Tidak ada perbezaan antara tugas yang merupakan perkhidmatan dengan hidung yg sedang menghirup udara walaupun sedang tidur atau sedang berehat. Lantas ramai yang nampaknya sedang bersantai tetapi dari sudut langit yang terbentang luas  ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa dan Menguasai Segala-Galanya, apa yang sedang kita lakukan adalah satu ketentuan. Allahuakabar.

No comments: