Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Sunday, September 9, 2012
terjunam ke tempat entah di mana...
Hanya memandang sekeliling, banyak perkara dan benda yang kita berkongsi sama. Kesamaan dan kesetaraan semuanya itu membayangkan bahawa kita telah terjunam jatuh ke satu tempat yang sangat bersempadan. Misalnya, kesukaan kepada satu pemakanan dan hiburan menampakkan kesamaan yang mana rasionalnya tidak sangat dipersoalkan. Apa yang kita tahu bahawa kita sudah memiliki sempadan dan pemikiran kita sendiri pun bersempadan. Maka tidak hairanlah perbuatan yang lumrah di kalangan ahli masyarakat setempat. Kita laungkan kemegahan sesuatu di atas dasar kesempadanan yang dianggap automatis sehinggalah ianya dimusnahkan seperti banjir besar menimpa ummah Nabi Noh. Merenungi ini semua membawa kepada satu keinsafan betapa daifnya kita dalam soal menyelongkar rahsia kejadian Allah. Mengapa tidak hanya mensyukuri kehidupan yang bernafas dihasratkan kepada sebarang perjumpaan dan pertemuan itu? Tidak ada gah dan tidak ada riak. Kita hidup bersempadankan mati dan kita akan dibangunakan dari daerah di mana kita terjunam jatuh. Adakah lagi tempat kita terjunam jatuh itu? Ada persamaan kah? Ada kesetaraan kah? Rupa rupa banyak benda dan perkara yang tidak dihayati lantas banyak benda dan perkara dilupai dalam konteks kebesaran Allah Subhanawataala. Mensyukuri kebesaran Allah dengan penentuanya adalah usaha kita mencari rahsia di sebalik satu satu pernafasan kehidupan dan seseorang itu. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment