Saturday, September 8, 2012

mencari keredhaan...

Saya mudah tercampak dengan pemikiran. Mudah juga terpinggir dan terbuang kerana terlalu `memikirkan' sesuatu sedangkan pada realitinya ianya tidak merupakan bahan yang bagus untuk dirisaukan dan dibincangkan. Ada bahan fikir yang sudah tidak ada dalam realiti lagi. Sangat remote, sangat jauh, dan tidak boleh menggunakan remote control lagi. Ianya hanya menampakkan duniawi yang didiami oleh dimensi alam dengan bayang-bayangnya. Sudah menjadi bayang-bayang. Sudah terkeluar dari visi dan perancangan hidup. Aspek orangnya telah terkubur. Carilah keredhaan dari apa yang belum terkubur lagi. Carilah kenyataan, kebenaran, dan keredhaan yang terkini sifat dan rohnya. Allah Yang Maha Besar. Hamba memohon taufik dan hidayah dalam menentukan tindak tanduk yang dengan sendirinya termengerti soal kehidupan duniawi sebelum ke alam akhirat. Allahuakbar.

No comments: