Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Friday, September 21, 2012
tidak bertindih...
Malam tidak akan bertindih dengan siang.Tidak ada pertindihan dalam segala-galanya. Itulah Kekuasaan Allah. Tidak ada pertindihan antara tahun. Tidak ada pertindihan antara umur dengan umur yang berbeza dan berlainan. Inilah nikmat yang dirasai pada setiap masa dan waktu. Tetapi agak malang bagi manusia, umumnya akan menggunakan pertindihan sebagai satu kuasa yang menggerun dan menakutkan. Bila duit bertindih bertindih, maka timbulkan perlakuan yang menampakkkan tamak dan haloba. Ugut mengugut adalah lumrah kerana berlakunya pertindihan kuasa dan harta. Mereka terasing dan mengasing. Tetapi Allah Yang Maha Berkuasa yang mengerakkan malam dan siang tanpa satu ruang yang menampakkkan pertindihan sudah cukup difahami oleh umat yang ingin mendekati dengan Allah. Allah Yang Maha Mengetahui yang menjadikan manusia dari sekecil air mani hinggalah besar dengan anggota badan yang berfungsi tanpa pertindihan. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment