Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Saturday, September 1, 2012
lonjakan...
Lonjakan yang menampakkan kelemahan manusia memang lumrah dan fitrah sifatnya. Apa tidaknya, kita sentiasa cuba mengukur diri kita dalam konteks lonjakan yang sebenarnya satu lonjakan yang tidak dapat dirasai sendiri oleh kita. Kita memuji seseorang dengan memberi taraf kepada lonjakan manusia yang lain. Walhal pada diri orang yang dipuji itu tidak merasakan apa apa lonjakan yang berlaku pada dirinya sendiri, fitrah dan lumrah. Yang cantik tidak menyedari dirinya cantik. Yang kaya masih terkapai kapai mencari identiti mereka sendiri. Siapalah kita hendak memberi taraf kepada satu satu lonjakan yang berlaku pada diri kita sendiri? Firaun sendiri tidak menyedari akan kekaguman sejarah terhadap pembinaan piramid mereka. Mereka tidak merancang pembinaannya untuk sejarah. Terbinanya piramid kerana simbol lonjakan pemerintahan firaun firaun tertentu kerana keagongan sebenar mereka tidak dapat merasainya. Ianya kemudian menjadi milik sejarah dan hanya dirasai sekarang. Keagongan sebenar hanyak pada dan milik Allah. Hanya Allah sahaja yang Mengetahui. Bersyukurlah dalam konteks kelemahan kita. Hanya Allah sahaja yang Mengetahui, hidup dan mati. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment