Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Saturday, September 15, 2012
dalam usia yang sebegini...
Dalam usia yang begini, tatacara pergaulan dan percakapan kena dijaga dan dipelihara. Proses pulihara tidak merupakan benda yang utama lagi. Dirasakan saya berhak kepada sesuatu hidangan dan paparan yang positif. Dalam bilik kuliah contohnya, dirasakan saya berhak kepada pandangan dan pendengaran yang menampakkan terbina nya minda dan akhlak yang mulia dan suci di sisi Islam. Kalau tidak ada, usahakan supaya ianya ternampak dan terpapar. Di dalam kuliah tempoh hari, ada saya meminta biodata dari pelajar, tetapi permintaan saya tidak diendahkan. Jangan dibiarkan akhlak yang menampakkan kesombongan dan kealpaan. Isi kandungan ilmu pemasaran boleh ditunggu kerana dengan usaha sendiri juga ilmu pemasaran dapat dihayati. Hak berkuliah adalah juga hak kepada akhlak yang perlu disedari. Dalam usia yang begini tidak ada lagi cabar mencabar. Awak dengan hak awak, saya dengan hak saya. Lantas perbuatan sebegitu jelas mencabar kepada soal hak tadi. Begitu juga dengan kehadiran ke kuliah, melihat ramainya tidak hadir, maka hak saya tercabar lagi. Begitu juga soal sosial, budaya, politik dan ekonomi ada hak yang perlu dituntut dan tidak perlu lagi melutut. Sujud hanya kepada Alllah bagi memohon hidayah dan petunjuk dalam menjalani kehidupan. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment